Organisasi SCICO 2011

T-Shirt SCiCO Limited Edition

Untuk menempah baju SCiCO, bolehlah mengisi borang tempahan di menu 'borang' diatas >> Tempahan Baju SCiCO

Annual General Meeting kali ke-4

Annual General Meeting kali ke 4 ini telah diadakan di AUD 300. Lebih kurang 300 pelajar sains komputer telah menghadari AGM kali ke 4 ini.

Hari Bersama SCiCO

Hari Bersama scico diadakan untuk mengeratkan silaturahim diantara pelajar-pelajar sains komputer

Kursus Multimedia

Kursus Multimedia yang mendapat sambutan hangat ini telah berjaya diadakan khusus untuk pelajar sains komputer bagi mempelajari software adobe photoshop

Kelas Tambahan Programming dan Calculus

Kelas tambahan Programming dan Calculus diadakan khusus bagi membantu mahasiswa diploma sains komputer yang mempunyai masalah dan kemusykilan dalam subjek berkenaan. Pelajar-pelajar yang mendapat anguerah dekan secara sukarela membantu pelajar-pelajar yang hadir

Ahad, 15 Mei 2011

Identiti Korporat

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari, Tan Sri Lim Goh Tong (Genting Berhad), Tan Sri Lim Boon Siew (Honda). Mereka adalah sebilangan kecil rakyat Malaysia yang berjaya dalam dunia korporat. Tidak perlu diperkatakan lagi kerana ramai antara kita mengetahui kejayaan mereka yang tersebar luas dalam mahupun di luar negara.

Baiklah, pada topik kali ini, saya akan mempersiapkan diri anda dengan identiti ala-tokoh korporat di atas. Selepas dijelaskan, ramai akan mengetahuinya tetapi ramai inilah juga yang tidak pernah selama ini mengendahkannya.

Jika dilihat pada topik sebelum ini (seperti dijelaskan pada isu lepas:”Merempat” di negara sendiri), ia adalah satu susunan artikel bisnes istimewa yang disediakan hanya di www.saifulsham.com. Berani saya katakan, anda sukar perolehinya daripada website lain: jika adapun ia TIDAK PERCUMA! Dan setakat ini, tidak mungkin terdapat artikel bisnes percuma seperti ini yang menggambarkan pada situasi Malaysia. Jika ada mungkin dari Amerika, Eropah, dan sebagainya yang sebahagian besar kurang sesuai diduplikasikan di Malaysia.
Baiklah, lihatlah satu persatu bagaimana yang dikatakan identiti ala-korporat ini. Saya mulakan dengan Tan Sri Syed Mokthar al Bukhari, yang jumlah kekayaannya melebihi RM 2bilion(setakat januari 2005). Umum mengetahui beliau; berniaga sejak kecil; bermula dengan menjual barang-barang runcit, lembu dan sehinggalah hari ini; menguasai pelabuhan paling pesat berkembang di Asia!!Apakah cara yang diamalkan beliau?

Ini rahsianya; dalam satu temuramah beliau dengan UTUSAN MALAYSIA; antara kata-kata beliau yang dapat dipetik:

1) ” Saya pun mahu melancong ke seluruh dunia, menaiki pesawat peribadi, makan di restoran mewah, berpakaian mahal-mahal, tetapi saya berfikir; banyak mana sangat saya mahu makan, banyak mana sangat saya nak pakai baju, sampai ke mana sangat saya ingin melancong, akhirnya saya akan pulang kepada asal saya juga”
Sipnopsis:
Sikap tamak melampau. Ramai antara orang kita, apabila peroleh sedikit untung sudah mahu berbelanja besar hinggakanperbelanjaan melebihi pendapatan (untung). Itu yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini. Tidak cukup bulan sudah berhutang ke sana sini. Bukankah begitu?
Apa yang dapat saya kaji, sikap ini sukar untuk diperbetulkan. Jika di IPT, biasiswa/pinjaman diterima lebih banyak dihabiskan pada perkara=perkara yang tidak perlu; contohnya-telefon bimbit yang berharga ribuan ringgit hanya untuk bergaya. Jika dialam pekerjaan, seseorang yang bergaji dalam RM3-5 ribu sudah berangan-angan memakai BMW!!

2) “Apa yang saya dapat; dengan sedikit untung ini; saya pulangkan kembali kepada orang ramai”; merujuk kepada Yayasan Al-Bukhari yang terlibat dalam kerja sosial.

Sipnopsis:
Jika sudah berjaya, jangan angkuh dan lupa daratan. Berbaktilah pada masyarakat. Keuntungan yan diperoleh haruslah digunakan sedikit pada kerja-kerja amal. Ia bukan sahaja merujuk pada agama Islam tetapi semua agama secara asasnya mngunjurkan kita beramal kebajikan. Ia sebenar suatu kunci keberkatan perniaagaan kita. Harus diingat, ia juga boleh dikatakan suatu promosi dan pengukuhan penjenamaan. Jangan kita berfikiran negatif apabila terpaksa menyumbang tanpa memikirkan kesan yang lebih baik.

Banyak cotoh boleh diketengahkan;
contohnya; Mc Donald- mewujudkan Yayasan Ronald McDonald.
~Dengan perkataan “setiap 10 sen didermakan pada anak-anak yatim”, ia sedikit sebanyak mempromosikan Mc Donald sebagai suatu pembelian sambil beramal. Kebanyakan orang ingin beramal apabila ada ganjaran setimpal. Ibarat Mc Donald, makan ayam goreng pun boleh beramal!!Jelas Mc Donald bijak mengeksploitasi keadaan.

Khamis, 5 Mei 2011

Adab Menuntut Ilmu

Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:
"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]
Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.

Dalil Menuntut Ilmu
Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]
Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]
Adab Menuntut Ilmu

01.Niat yang ikhlas
Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]
Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.

02.Beradab dengan orang yang memberi ilmu
Imam Syafie pernah bekata:

"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.

03.Bersabar dalam menuntut ilmu
Imam Syafie pernah berkata:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237

04. Tulis setiap yang dipelajari

Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?

Abu Hurairah berkata: 
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]
05.Rendah diri

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

06.Menjahui dari kenyang yang berlebihan

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]
07.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]
08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]

PENUTUP:
Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).
Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.
Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]
Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.

Amalkan Cara Hidup Sihat

Kunci untuk sihat sepanjang hayat
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:
  • Makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stress
Faedah cara hidup sihat:
  • Meningkatkan status kesihatan anda
  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan..
Makan Secara Sihat
  • Nikmati pelbagai jenis makanan
  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Contoh 1 sajian::
Bijirin, produk bijirin dan ubi
  • ½ cawan nasi (putih atau perang)
  • ½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
  • 1½ keeping capati
  • ½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuran
Buah-buahan
  • ½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)
  • ½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)
  • ½ biji jambu berukuran sederhana
  • 1 hiris betik/nanas
Susu, dadih dan keju
Ikan, ayam dan daging
  • 1 gelas susu
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
  • 5 sudu besar ikan bilis

Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
  • Tumpukan pada hari ini
  • Sentiada berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
  • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
    • Melengahkan-lengah
    • Minum banyak air
    • Menarik nafas panjang
    • Membuat sesuatu
    • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
    • Mengunyah sesuatu
    • Membasuh tangan
    • Mandi dengan kerap
    • Melakukan senaman regangan
    • Memohon doa
Lakukan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
Lakukan aktiviti fizikal
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
AKTIVITI RINGAN
60 minit setiap hari
AKTIVITI SEDERHANA
30 minit setiap hari
  • Berjalan kaki
  • Aktiviti regangan
  • Aktiviti berkebun yang ringan
  • Berjalan laju
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Menari
  • Lompat tali
  • Aerobik
  • Berlari-lari anak
  • Turun naik tangga
Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.
F
Frequency : (Kekerapan)
3 – 5 kali seminggu
I
Intensity (Effort) : (Kehebatan)
Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
T
Time : (Masa)
Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
T
Type : (Jenis)
Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jarring, badminton, lompat tali, berbasikal.
Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan. 
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

Rabu, 4 Mei 2011

Tips Membuat Report atau Thesis


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrZnlsgcKyxaXnIJOcyT16lKHkOTMAHGg8i0Q_DLraKzENvgaNdJbhGLdAEIqKJfFzk7kJgg07_WMUFG2RMipmsdHkpH9iepjWK27RsfAzY01aO-HlNgStijcN5H0Hkvng3DVyotXXKnWW/s400/HEADER+1.png
Header 1
First of all, tulis dulu perkara pokok yang perlu ada dalam sesuatu report mahupun tesis tu. Bukan suruh lukis pokok atau tulis perkataan P.O.K.O.K tapi perkara pokok yang saya maksudkan di sini macam Introduction, Theory and etc. Lepas tu, select all. Nampak tak ada Quick Style? ha..click situ.. Pilih heading 1. Hasilnya macam gambar dekat atas tu. Dah selesai? Jadi tak? Jangan risau warna dengan font nanti pun boleh tukar.. Ok, seterusnya kita nak sediakan page untuk buat front page pula.

Lepas tu letak cursor anda pada Huruf pertama baris pertama yang guna HEADING 1 tu. Macam dalam ni, saya letak cursos dekat depan 1.0 INTRODUCTION. Lepas tu pergi dekat page layout --> page breaks --> Next Page. Macam yang tunjuk dalam gambar dekat bawah tu.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-J8rbkf2xOOSrxXQI07uYqneLOyHJQEoY1kZMJWI2sL623bdS_UqW5RSoVJwdUYR6fSPFV3LPb7ho2PuWZZdIUipOM2Oldst4OJraUUZ-ngkxHIk2UiEEdX_wUodDq5nqL_lwaswXKdL2/s400/PAGE+BREAK.png
Next Page
Kenapa guna Next Page? Sebab senang nak buat page number nanti. Ok, dapat tak setakat ni? Everything ok kan?.. Lepas tu letak pula cursor dekat depan 2.0 THEORY. Click Page Layout --> Page breaks --> Page . Kalau tak faham boleh rujuk gambar dekat bawah ni. Ulang dan buat perkara yang sama untuk setiap perkara pokok yang disenaraikan awal-awal tadi.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqdOMV6_7xlosdgOAWpC8b1oTn44JvBfnD3ub5KMf7ILGLmbHu3bm4UrVr7cQMK_B6WVo9Tev5DAFcwK6IMgl6ikYGsFTNwPS5IAKleFRsWnaMwkMeAV0asvcBXs4cV9seZgzzdNgl5LMY/s400/page.png
Page

Kebaikan bila guna Page break ni adalah, tak payah tekan enter banyak-banyak kali bila nak pergi next page. Dan bila dalam part introduction tu makan ruang sampai 3-4 page, secara automatik Theory and Literature Review tu akan pergi ke next page yang baru dan akan sentiasa berada on top of the page. Begitulah kisahnya. Cubalah buat dan lihat sendiri.. Susah juga nak cerita ni..

Lepas tu kita buat anak pokok pula. Selalu kalau ada parents, mesti ada child kan? Ok. kira kita nak buat child lah sekarang. Tulis anak-anak pokok yang korang nak letak. Macam saya, saya letak Pulse Oximeter dan Wireless Mesh Network. Select anak-anak pokok ni, lepas tu pergi Quick Style, and pilih Heading 2. Perasan tak yang dia kecik sikit dari INTRODUCTION tu. Tahu-tahu.. Tak nampak apa jadi ek? Tengok gambar kat bawah.. Setakat ni ok tak? Nak teruskan ke step yang seterusnya pula. Kalau ada yang tertinggal, cepat kejar..hehehe..


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4fqCBTEj990_0_ysZnUAh1IN1mnG1V3UghVMUynUzREsUyqv4pyEJyCqjdGqEsMFq6R96-hl6b-A7PQ3DlRd5tX15BwOcLNECYNK10M4umshUJFCVmj2jWlD8_T0_lPm4x4WSiau0X8ZT/s400/heading+2.png
Heading 2
Kalau dalam anak tu ada cucu pula, select dan pilih heading 3. begitulah seterusnya kalau ada sampai 7 keturunan dalam 1 tajuk. hehehe.. Letaklah number sket. Dah siap buat perkara pokok dan anak-anak pokok. Isi buatlah sendiri ye. Macam biasa. Sekarang kita nak buat table of content pula. Dekat sini, akan nampak dengan jelas fungsi heading 1, heading 2 and etc.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgK59PGCAldl3IHvse1TD5TvaSSAZhNj1V_t0w6t18hwtgD3CLt0pMKfb7hbTCMHRW4NFULEFqu5MaPttDSkxS0QgsMocJW1sMcg1WtiodiH8aQ6qBon7Xgyh_n0Itt8uIwb6q_mrvtj-Sm/s400/table+of+contents.png
table of contents

Langkah yang perlu diambil seterusnya adalah pergi ke References --> Table of Contents. Dan secara automatik akan keluar macam gambar dekat bawah ni. Lepas ni kalau tambah isi banyak-banyak, tak payah nak susah-susah hidup buat table of contents cara manual macam sebelum ni. Terus right clickdekat table tu, pilih update field --> entire field. Automatik  Table of Contents ni terupdate dengan sendirinya.. pantas dan tuntas. Boleh buat report or tesis dengan tenang tanpa perlu fikir macam mana susahnya nak buat table of contents nanti..

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9acdC-tgYNwEJ3NOy_xsBaWbnvsW1weG3Gtq4Jy62kI9K148YbZG8LnIW3d0KYOr3F6I_aKTpIVdoLbTBmJfqT8g8Zp-fzquTEWSSW93Jp_6A6bJjll1ji3JQyb_jj2Hx0yOT1qzilTWt/s400/contents.png

Berdasarkan gambar dekat atas ni, nampak tak bezanya antara Heading 1 dengan Heading 2. Sama juga kisahnya kalau nak buat Table of Figure dan yang seadik beradik dengannya. Kalau untuk figure, jangan lupa add caption pada figure tu. Lepas tu update field macam yang buat dekat table of contents tu.. Secara automatik muka suratnya akan berubah.. Seronok kan? Jimat masa.. Jimat tenaga.. Jimat otak nak fikir dan nak naik turun page..


Tips Perbelanjaan

Rancang Perbelanjaan Dari Muda Untuk Kesenangan Masa Hadapan

Adakah adik-adik merasa cemburu setelah mengetahui yang rakan adik-adik dapat membeli sebuah 'play station' (PS 2) atau pun sebuah kereta kawalan jauh? Dan ibu-bapa adik-adik pula merasa amat keberatan untuk membelikannya untuk adik-adik. Sebenarnya, adik-adik mampu memiliki barang-barang tersebut jika adik-adik pandai mengurus wang saku adik-adik dengan betul setiap hari.

Merancang Secare Berhemah

Adalah penting untuk adik-adik dan para remaja mempelajari bagaimana untuk berbelanja secara berhemah disamping dapat adik-adik menyimpan. Merancang kewangan secara berhemah jika diamalkan sejak muda akan dapat memberi keselesaan pada adik-adik sepanjang hayat. Apabila adik-adik meningkat dewasa, keperluan kewangan akan semakin bertambah bukan hanya tertumpu kepada membeli 'play station'. Adik-adik mungkin berkeinginan untuk pergi bercuti kesesuatu tempat yang menarik di dalam negeri. Selain daripada melancung, adik-adik juga ingin memiliki kereta atau rumah, membiayai pelajaran, menjaga ibu-bapa dan menyimpan wang untuk pesaraan. Sehubungan dengan itu, merancang kewangan secara bijak dapat memenuhi keperluan-keperluan ini.

Merancang Kewangan Tugasan Anda


Merancang kewangan adalah mudah dan merupakan salah satu tugasan dalam kehidupan adik-adik. Walaubagaimana pun, kegagalan adik-adik untuk melakukan tugasan ini akan mengakibatkan adik-adik tidak dapat mencapai matlamat/impian hidup adik-adik. Bertindaklah dengan bijak. Mintalah pertolongan dan nasihat daripada ibu-bapa bagaimana adik-adik boleh merancang perbelanjaan dengan bijak dan berkesan.

Kegiatan ini adalah penting oleh kerana jika adik-adik kekurangan pengetahuan dalam merancang kewangan semasa zaman kanak-kanak, boleh mengakibatkan adik-adik tidak mempunyai kemahiran kepenggunaan yang kukuh. Adik-adik akan melakukan pembaziran yang ketara apabila membeli sesuatu barang. Adik-adik seharusnya pandai menilai wang walaupun wang membolehkan adik-adik membeli banyak barang yang inginkan. Jauhkan dari amalan meminta ibu-bapa membeli sesuatu kerana mereka perlu pula berkerja keras semata-semata untuk menyediakan wang kontan untuk adik-adik berbelanja.

Belanja Mengikut Kemampuan
Kebanyakan adik-adik diberi elaun tetap atau wang saku oleh ibu-bapa. Adalah mustahak untuk ibu-bapa untuk memaklumkan kepada kanak-kanak tentang kegunaan elaun yang diberikan samada untuk membelanjakannya untuk membeli permainan, buku, pakaian atau perbelanjaan secara am. Adik-adik mesti diajar untuk berbelanja mengikut kemampuan. Adik-adik yang berbelanja berlebihan akan membebankan perbelanjaan seisi keluarga. Ada setengah daripada adik-adik pula akan meminjam daripada rakan-rakan atau mencuri untuk menampung perbelanjaan adik-adik. Tabiat-tabiat yang buruk ini mesti dijauhi.


Merancang Sebelum Mengguna

Perbelanjaan berhemah serta tabiat simpanan yang bijak adalah sangat penting dalam merancang kewangan. Apabila adik-adik pergi membeli belah, adik-adik perlu mengetahui beberapa strategi. Diantaranya ialah beli saja apa yang diperlukan dan jangan beli mengikut hati/nafsu. Buatlah perbandingan tentang harga dan kualiti barangan yang hendak dibeli. Tawar untuk mendapat pembelian yang lebih baik. Adalah sangat penting untuk membuat sedikit penyelidikan sebelum adik-adik membeli sesuatu barang. Maklumat tentang berbagai-bagai jenis barang boleh didapati dalam surat khabar, majalah dan internet. Apa yang diperlukan adalah sedikit usaha untuk mencari maklumat-maklumat tersebut. Setelah adik-adik melakukan ini, adik-adik perlu menanya diri sendiri samada adik-adik perlu berbelanja untuk barang barang ini.


Merancang merupakan satu aspek yang penting dalam menguruskan wang adik-adik. Jika perbelanjaan adik-adik melebihi elaun yang diberikan oleh ibu-bapa adik-adik, maka adik-adik perlu menilai tabiat pebelanjaan adik-adik. Dengan menyenaraikan barang-barang yang hendak dibeli akan dapat membantu adik-adik. Adik-adik perlu melihat senarai perbelanjaan dan memastikan bahawa perkara-perkara tersebut boleh dikurangkan atau tidak diperlukan langsung.

Merancang Dengan Buku Wang Saku

Salah satu alat yang boleh digunakan untuk menguruskan perbelanjaan adik-adik ialah dengan menggunakan Buku Wang Saku. Buku ini telah diperkenalkan olek kerajaan dibawah pengawasan Jawatankuasa Perancangan Kewangan. Jawatankuasa ini berhasrat untuk menggalakkan perbelanjaan secara berhemah. Dibawah program ini, Jawatankuasa ini bermatlamat untuk mengajar kanak-kanak tentang nilai wang. Wang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan adik-adik. Adik-adik perlulah menggunakannya dengan bijak. Wang saku adalah wang yang diberi oleh ibu-bapa, penjaga, saudara mara atau lain-lain pihak kepada adik-adik untuk dibelanjakan. Oleh itu, wang ini hendaklah dibelanjakan dengan bijak dan bakinya bolehlah disimpan.


Diantara kelebihan mencatat perbelanjaan adik-adik dalam Buku Wang Saku adalah ia membolehkan adik-adik mengesan di mana penjimatan perbelanjaan dapat dilakukan dan baki wang dapat disimpan. Oleh itu, Buku Wang Saku adalah panduan merancang perbelanjaan setiap bulan.

Menjadi Ahli Kelab Kewangan Pelajar Sekolah

Persekitaran sekolah mungkin mempengaruhi bagaimana adik-adik merancang. Oleh yang demikian, menjadi ahli Kelab Kewangan disekolah boleh membantu adik-adik memupuk nilai merancang kewangan semasa muda. Kerajaan telah dengan aktifnya membuat promosi tentang penubuhan Kelab Kewangan di sekolah. Terdapat 1093 Kelab Kewangan diseluruh negara and institusi kewanganlah merupakan penggerak kepada penubuhan kelab ini. Adik-adik yang menjadi ahli kelab ini bukan sahaja dapat mengambil bahagian didalam aktiviti-aktiviti merancang kewangan, tetapi dapat menambah pengetahuan dalam bidang ekonomi, perniagaan, kewangan dan perbankan. Buat itu saja, menjadi ahli kelab kewangan juga ada keseronokannya. Melalui aktiviti-aktiviti yang di kendalikan oleh kelab seperti lawatan ke institusi kewangan, bank pusat, dan juga aktiviti-aktiviti kesenian bertemakan kewangan, permainan dan sebagainya, adik-adik akan dapat berinteraksi dengan rakan adik-adik. (Maklumat lanjut tentang Kelab Kewangan boleh didapati dimuka sebelah).


Walau pun memupuk tabiat merancang kewangan dikalangan remaja adalah penting, tetapi nilai-nilai penyayang dan sifat perkongsian patut di pelihara. Adalah tidak menjadi kesalahan untuk adik-adik untuk berkongsi sedikit makanan atau pun membeli hadiah dengan rakan adik-adik. Sesungguhnya perbuatan ini akan mengeratkan lagi silaraturahim dikalangan adik-adik dan rakan-akan adik-adik.    
 


Kerjaya dalam bidang IT

Bidang IT merupakan bidang yang tidak terjejas dengan kegawatan ekonomi.  Di zaman kemelesetan sekarang pun, penggunaan komputer dan penggunaan IT tetap diberikan keutamaan. Dengan kecanggihan teknologi ini sekarang, semua bidang pekerjaan terlibat dengan penggunaan komputer.  Tiada pejabat yang tidak menggunakan komputer sekarang. Bahkan semua pejabat sedang menuju kepada pembentukan rangkaian komputer sepenuhnya. Ini kerana teknologi ini sangat membantu meningkatkan kecekapan dan kualiti hasil kerja di samping dapat mengurangkan kos dengan begitu ketara. Begitu juga dengan penghasilan perisian-perisian yang baru yang dapat memenuhi keperluan pengguna(user) sekarang.  Perisian-perisian interaktif yang menarik dengan teknologi multimedia sangat-sangat diperlukan sekarang. Dengan bertambahnya penggunaan komputer sekarang, keperluan kepada tenaga kerja yang mahir dalam perisian dan perkakasan semakin meningkat.  Semua syarikat memerlukan kakitangan yang tahu tentang komputer, apatah lagi jika kakitangan yang mempunyai pengetahuan dalam kebanyakan cabang IT.  Dengan ini peluang kerjaya memang banyak dalam bidang IT ini dan akan semakin meningkat permintaan terhadap tenaga kerja di masa-masa akan datang.
 
Di antara jawatan-jawatan yang terdapat dalam bidang IT ialah Technician, Technical Support, System Analyst, Network Administrator, DTP Artist, IT Trainer, Web Master, Web Designer, Programmer, Network Engineer, PC Dealer dan banyak lagi.
 
Statistik peluang kerjaya dalam bidang IT
Menurut kenyataan daripada Information Technology Association of America (ITAA), peluang kerjaya dalam bidang IT amat meluas. Menurut analisanya yang di petik dari internet, pada tahun 1994 terdapat 346 000 kekosongan yang berkaitan dengan  bidang IT yang tak terisi di Amerika. Daripada statistik United State Bereau Of Labour, didapati bahawa setiap tahun peningkatan terhadap permintaan tenaga kerja IT sahaja adalah sekitar 95 000. Menurutnya lagi mengikut perangkaan yang di buat, mereka menjangkakan bahawa permintaan untuk tenaga kerja IT ini akan terus meningkat iaitu sekitar 1.3 juta untuk tempoh 1994 hingga 2005. Menurut satu perangkaan lain pula bidang networking kekal sebagai kategori kerjaya bidang teknologi yang paling besar pengaruhnya di pasaran dunia sekarang. Berikut ialah statistik kategori kerja paling utama yang dikeluarkan oleh yang dipetik dari internet :

Tujuh bidang IT yang paling meningkat, disenaraikan oleh CIOs, :

Category       1999   1998  
Networking    23%    33%   
Internet/Intranet Development       21%    21%   
Applications Development     16%    18%   
Help Desk/End User Support 13%    8%    
Operations     12%    7%    
Project Management 5%     5%    
Systems Analysis      4%     5%    
Other  6%     3%    
Total   100%  100% 
                                                                                
Daripada statistik di atas kita dapati bahawa sememangnya permintaan untuk tenaga kerja IT amat tinggi dan melebihi pengeluarannya di pasaran. Nisbah dan statistik di atas tidak mustahil akan berlaku di negara kita. Ini adalah kerana Malaysia juga mempunyai 'Silicon Valley'nya sendiri iaitu MSC(Multimedia Super Corridor) yang menjadi tumpuan syarikat-syarikat IT gergasi dunia.