Organisasi SCICO 2011

Ahad, 15 Mei 2011

Identiti Korporat

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari, Tan Sri Lim Goh Tong (Genting Berhad), Tan Sri Lim Boon Siew (Honda). Mereka adalah sebilangan kecil rakyat Malaysia yang berjaya dalam dunia korporat. Tidak perlu diperkatakan lagi kerana ramai antara kita mengetahui kejayaan mereka yang tersebar luas dalam mahupun di luar negara.

Baiklah, pada topik kali ini, saya akan mempersiapkan diri anda dengan identiti ala-tokoh korporat di atas. Selepas dijelaskan, ramai akan mengetahuinya tetapi ramai inilah juga yang tidak pernah selama ini mengendahkannya.

Jika dilihat pada topik sebelum ini (seperti dijelaskan pada isu lepas:”Merempat” di negara sendiri), ia adalah satu susunan artikel bisnes istimewa yang disediakan hanya di www.saifulsham.com. Berani saya katakan, anda sukar perolehinya daripada website lain: jika adapun ia TIDAK PERCUMA! Dan setakat ini, tidak mungkin terdapat artikel bisnes percuma seperti ini yang menggambarkan pada situasi Malaysia. Jika ada mungkin dari Amerika, Eropah, dan sebagainya yang sebahagian besar kurang sesuai diduplikasikan di Malaysia.
Baiklah, lihatlah satu persatu bagaimana yang dikatakan identiti ala-korporat ini. Saya mulakan dengan Tan Sri Syed Mokthar al Bukhari, yang jumlah kekayaannya melebihi RM 2bilion(setakat januari 2005). Umum mengetahui beliau; berniaga sejak kecil; bermula dengan menjual barang-barang runcit, lembu dan sehinggalah hari ini; menguasai pelabuhan paling pesat berkembang di Asia!!Apakah cara yang diamalkan beliau?

Ini rahsianya; dalam satu temuramah beliau dengan UTUSAN MALAYSIA; antara kata-kata beliau yang dapat dipetik:

1) ” Saya pun mahu melancong ke seluruh dunia, menaiki pesawat peribadi, makan di restoran mewah, berpakaian mahal-mahal, tetapi saya berfikir; banyak mana sangat saya mahu makan, banyak mana sangat saya nak pakai baju, sampai ke mana sangat saya ingin melancong, akhirnya saya akan pulang kepada asal saya juga”
Sipnopsis:
Sikap tamak melampau. Ramai antara orang kita, apabila peroleh sedikit untung sudah mahu berbelanja besar hinggakanperbelanjaan melebihi pendapatan (untung). Itu yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini. Tidak cukup bulan sudah berhutang ke sana sini. Bukankah begitu?
Apa yang dapat saya kaji, sikap ini sukar untuk diperbetulkan. Jika di IPT, biasiswa/pinjaman diterima lebih banyak dihabiskan pada perkara=perkara yang tidak perlu; contohnya-telefon bimbit yang berharga ribuan ringgit hanya untuk bergaya. Jika dialam pekerjaan, seseorang yang bergaji dalam RM3-5 ribu sudah berangan-angan memakai BMW!!

2) “Apa yang saya dapat; dengan sedikit untung ini; saya pulangkan kembali kepada orang ramai”; merujuk kepada Yayasan Al-Bukhari yang terlibat dalam kerja sosial.

Sipnopsis:
Jika sudah berjaya, jangan angkuh dan lupa daratan. Berbaktilah pada masyarakat. Keuntungan yan diperoleh haruslah digunakan sedikit pada kerja-kerja amal. Ia bukan sahaja merujuk pada agama Islam tetapi semua agama secara asasnya mngunjurkan kita beramal kebajikan. Ia sebenar suatu kunci keberkatan perniaagaan kita. Harus diingat, ia juga boleh dikatakan suatu promosi dan pengukuhan penjenamaan. Jangan kita berfikiran negatif apabila terpaksa menyumbang tanpa memikirkan kesan yang lebih baik.

Banyak cotoh boleh diketengahkan;
contohnya; Mc Donald- mewujudkan Yayasan Ronald McDonald.
~Dengan perkataan “setiap 10 sen didermakan pada anak-anak yatim”, ia sedikit sebanyak mempromosikan Mc Donald sebagai suatu pembelian sambil beramal. Kebanyakan orang ingin beramal apabila ada ganjaran setimpal. Ibarat Mc Donald, makan ayam goreng pun boleh beramal!!Jelas Mc Donald bijak mengeksploitasi keadaan.

0 Komen:

Catat Ulasan