Organisasi SCICO 2011

T-Shirt SCiCO Limited Edition

Untuk menempah baju SCiCO, bolehlah mengisi borang tempahan di menu 'borang' diatas >> Tempahan Baju SCiCO

Annual General Meeting kali ke-4

Annual General Meeting kali ke 4 ini telah diadakan di AUD 300. Lebih kurang 300 pelajar sains komputer telah menghadari AGM kali ke 4 ini.

Hari Bersama SCiCO

Hari Bersama scico diadakan untuk mengeratkan silaturahim diantara pelajar-pelajar sains komputer

Kursus Multimedia

Kursus Multimedia yang mendapat sambutan hangat ini telah berjaya diadakan khusus untuk pelajar sains komputer bagi mempelajari software adobe photoshop

Kelas Tambahan Programming dan Calculus

Kelas tambahan Programming dan Calculus diadakan khusus bagi membantu mahasiswa diploma sains komputer yang mempunyai masalah dan kemusykilan dalam subjek berkenaan. Pelajar-pelajar yang mendapat anguerah dekan secara sukarela membantu pelajar-pelajar yang hadir

Rabu, 23 Mac 2011

Kelas Tambahan Programming dan calculus

khusyuk mendengar apa yang diajar

Bertempat di kelas D499, persatuan sains Komputer telah mengadakan kelas tambahan bagi subjek programming dan calculus kepada pelajar-pelajar semester 1 dan 2. Kelas tambahan ini adalah bermatlamatkan untuk membantu pelajar-pelajar sains komputer yang mempunyai sedikit masalah dalam memahami pelajaran disamping merapatkan lagi hubungan diantara pelajar-pelajar sains komputer dengan barisan kepimpinan persatuan sains komputer. Kelas bermula pada jam 8.00 malam sehingga jam 11.00 malam. InsyaAllah, SCICO akan mengadakan lagi kelas seumpama ini di masa akan datang sekurang-kurangnya 2 minggu sekali bagi membantu pelajar yang sedikit bermasalah dalam pelajaran.

Selasa, 22 Mac 2011

Kursus Multimedia




PROGRAM : Kursus Multimedia
TARIKH: 18 & 19 Februari 2011 ( Jumaat & Sabtu)
TEMPAT: Makmal Komputer Blok B


Tujuan aktiviti ini dianjurkan ialah:
1.     - Memberi pendedahan kepada para peserta tentang penggunaan perisian multimedia.
2.    -  Meningkatkan kemahiran para peserta dalam penggunaan perisian multimedia.
3.     - Mengasah bakat yang ada dalam diri peserta.
4.      -Memberi tips-tips dan teknik untuk memperbaiki penggunaan multimedia.

Hari Bersama SCICO


PROGRAM : Hari Bersama SCiCO
TARIKH: 11 Februari 2011( Jumaat)
TEMPAT: Padang UiTM / AUD 200
Tujuan aktiviti ini dianjurkan ialah:

1)      Mengeratkan hubungan silaturahim mahasiswa Diploma Sains Komputer (CS110).
2)      Menerapkan semangat perpaduan dalam diri mahasiswa Diploma Sains Komputer (CS110).
3)      Memantapkan semangat kerjasama.
4)      Memperkenalkan barisan kepimpinan baru scico.
5)      Menerangkan kepada pelajar tentang tips belajar dan peperiksaan di universiti.
6)      Menggalakan mahasiswa Diploma Sains Komputer beriadah.
Membantu pelajar supaya lebih bersedia untuk bergelar mahasiswa UiTM.

Annual General Meeting ke-4 SCICO


PROGRAM : ANNUAL GENERAL MEETING SCiCO KE-4 (AGM)
TARIKH: 18 JANUARI 2011
TEMPAT: AUD300

Tujuan aktiviti ini dianjurkan ialah:
1)      Perlantikan secara rasmi ahli jawatankuasa baru persatuan pada semester ini.
2)      Pembubaran ahli jawatankuasa lama.
3)      Pemberitahuan tentang aktiviti yang akan diadakan pada semester ini.
4)      Menonjolkan bakat baru pada masa akan datang serta melatih ahli jawatankuasa baru untuk berdikari dan menguruskan organisasi.
5)      Kutipan yuran persatuan.
6)      Membuka permohonan untuk menjadi seketeriat SCiCO kepada ahli semester 2 dan 3.
7)      Memberi peluang kepada ahli jawatankuasa baru menimba pengalaman dalam melaksanakan sesuatu tugas.
8)      Sesi pengagihan jaket persatuan.

Aktiviti yang diikuti ialah:
1.      -Ucapan dari penasihat serta mantan presiden dan presiden baru persatuan.
2.      -Sesi perkenalkan diri barisan exco baru.
3.      -Penyerahan fail simbolik kepada penyerahan tugas kepada barisan exco baru
4.      -Tayangan montaj exco-exco lama dan baru.
5.      -Pengagihan jaket persatuan.
6.      -Permohonan untuk menjadi seketeriat SCiCO.