Organisasi SCICO 2011

T-Shirt SCiCO Limited Edition

Untuk menempah baju SCiCO, bolehlah mengisi borang tempahan di menu 'borang' diatas >> Tempahan Baju SCiCO

Annual General Meeting kali ke-4

Annual General Meeting kali ke 4 ini telah diadakan di AUD 300. Lebih kurang 300 pelajar sains komputer telah menghadari AGM kali ke 4 ini.

Hari Bersama SCiCO

Hari Bersama scico diadakan untuk mengeratkan silaturahim diantara pelajar-pelajar sains komputer

Kursus Multimedia

Kursus Multimedia yang mendapat sambutan hangat ini telah berjaya diadakan khusus untuk pelajar sains komputer bagi mempelajari software adobe photoshop

Kelas Tambahan Programming dan Calculus

Kelas tambahan Programming dan Calculus diadakan khusus bagi membantu mahasiswa diploma sains komputer yang mempunyai masalah dan kemusykilan dalam subjek berkenaan. Pelajar-pelajar yang mendapat anguerah dekan secara sukarela membantu pelajar-pelajar yang hadir

Memaparkan catatan dengan label Perhubungan Korporat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perhubungan Korporat. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2011

Pemilihan pakaian yang sesuai ke majlis

Ada beberapa jenis kod pakaian yang paling kerap digunakan  iaitu:
1.      kasual
2.      semi-formal
3.      formal

KASUAL

Pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan yang dipakai setiap hari untuk bersantai. Pakaian kasual merupakan pakaian yang akan anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawat kawan dan bersiar-siar. Pakaian kasual lazimnya berpenampilan kemas dan selesa. Adalah satu perkara yang pelik bagi anda untuk tampil kasual semasa di dalam pejabat, kecuali jika majikan membenarkannya. Lazimnya, majikan akan mengumumkan ‘dress down’ sekiranya ada aktiviti seperti bergotong-royong, berpindah pejabat dan sebagainya.

Pakaian kasual terdiri daripada:
1.      jeans – tidak kira seluar atau skirt
2.      t-shirt – mesti mempunyai gambar dan tulisan yang sopan
3.      seluar pendek
4.      seluar capri
5.      kasut sukan
6.      selipar

Jenis kain yang sesuai ialah:
1.      denim
2.      kain kapas
3.      khaki

Kesemua pakaian yang diperbuat daripada jenis kain di atas boleh dibasuh dengan mesin basuh.
Pakaian semi-formal telah menjadi satu pakaian rasmi untuk ke pejabat semenjak berpuluh-puluh tahun dahulu. Sebelum tahun 90-an, pakaian selain formal tidak diterima sebagai pakaian rasmi ke pejabat. Namun, sejak kebelakangan ini, majikan telah menyedari bahawa pakaian memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat. Pekerja akan berasa lebih selesa bekerja apabila memakai pakaian yang lebih kasual. Hal ini membuatkan pekerja lebih bersemangat untuk bekerja.
Hari ini, kita dapat melihat bahawa doktor dan guru berpakaian lebih kasual semasa bekerja. Walaupun ada segelintir majikan yang membenarkan pakaian kasual di pejabat, ada juga yang masih menitikberatkan penampilan semasa kerja sebagai memelihara imej syarikat. Pakaian yang formal melambangkan syarikat yang lebih profesional.
Aktiviti seharian di pejabat mungkin menuntut anda untuk berjumpa dengan rakan perniagaan yang lain atau pelanggan. Sudah tentu anda tidak mahu dipandang rendah atau selekeh, bukan? Sebab itulah walaupun majikan membenarkan pakaian kasual ke pejabat, masih ada batas-batas yang perlu anda patuhi.

Pakaian semi-formal terdiri daripada:

Wanita
1.      seluar panjang
2.      skirt
3.      baju kurung/kebaya atau pakaian tradisional yang lain
4.      blaus
5.      blazer/jaket
6.      gaun kasual

Lelaki
1.      seluar panjang
2.      kemeja lengan panjang
3.      t-shirt berkolar
4.      kemeja lengan pendek
5.      jaket/blazer
6.      tali leher

Jenis kain yang sesuai ialah
1.      khaki
2.      rayon
3.      polyester
4.      batik
Formal

Pakaian formal jarang lagi dapat dilihat dalam aktiviti kita seharian dan hanya digunakan untuk individu yang berpangkat tinggi atau individu yang ingin menghadiri mesyuarat penting.
Pakaian formal juga dipakai ketika menghadiri temu duga ataupun ketika hendak berjumpa dengan golongan berpangkat tinggi seperti Sultan, Yang Dipertuan Agong atau Gabenor.
Pakaian formal terdiri daripada:

Wanita
1.      jaket dengan skirt atau seluar
2.      seluar panjang dengan blaus yang sesuai
3.      kurung atau kebaya
4.      kasut yang bertumit tinggi dan diperbuat daripada kulit (tidak terlalu menarik perhatian)

Bagi wanita yang memilih untuk memakai skirt, beliau hendaklah memakai pantyhose atau stoking nipis untuk menutup kulit. Baju kurung sesuai untuk semua jenis keadaan, tetapi jika anda bertudung, pastikan warna tudung dan baju adalah sedondon. Elakkan pakaian yang beropol-ropol atau berfesyen pelik.

Lelaki
1.      baju sut/blazer yang sesuai
2.      kemeja lengan panjang yang dibutang penuh dan bertali leher
3.      vest
4.      tali pinggang atau suspender
5.      stoking yang berwarna sama dengan sut yang dipakai
6.      kemeja batik/baju melayu dan samping
7.      kasut kulit

Pemilihan warna adalah penting agar tidak terlalu menonjol. Jangan pilih pakaian yang pelik sehingga menarik perhatian orang lain memandang anda.Warna yang sesuai ialah warna korporat, iaitu hitam dan putih, biru tua, coklat tua atau coklat muda, krim atau kelabu. Elakkan warna terang seperti merah terang, ungu, hijau atau kuning terang. Walau bagaimanapun, warna sebegini dibenarkan jika pakaian yang dipakai ialah baju kurung atau kemeja bercorak batik.
Perkara yang perlu dilaku atau dielakkan semasa berpakaian adalah:

1.      Jangan pakai terlalu banyak barang kemas sehingga anda nampak ‘semak’.
2.      Jangan memakai aksesori pelik seperti jam pada cincin, gelang yang terlalu besar dan bermotif binatang yang pelik-pelik.
3.      Pastikan rambut dan kuku adalah bersih dan kemas.
4.      Jangan berpakaian yang mendedahkan atau menggoda.
5.      Pakai sedikit alat solek tetapi sekiranya anda seorang lelaki, jangan sekali-kali memakai alat solek seperti wanita.

Identiti Korporat

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari, Tan Sri Lim Goh Tong (Genting Berhad), Tan Sri Lim Boon Siew (Honda). Mereka adalah sebilangan kecil rakyat Malaysia yang berjaya dalam dunia korporat. Tidak perlu diperkatakan lagi kerana ramai antara kita mengetahui kejayaan mereka yang tersebar luas dalam mahupun di luar negara.

Baiklah, pada topik kali ini, saya akan mempersiapkan diri anda dengan identiti ala-tokoh korporat di atas. Selepas dijelaskan, ramai akan mengetahuinya tetapi ramai inilah juga yang tidak pernah selama ini mengendahkannya.

Jika dilihat pada topik sebelum ini (seperti dijelaskan pada isu lepas:”Merempat” di negara sendiri), ia adalah satu susunan artikel bisnes istimewa yang disediakan hanya di www.saifulsham.com. Berani saya katakan, anda sukar perolehinya daripada website lain: jika adapun ia TIDAK PERCUMA! Dan setakat ini, tidak mungkin terdapat artikel bisnes percuma seperti ini yang menggambarkan pada situasi Malaysia. Jika ada mungkin dari Amerika, Eropah, dan sebagainya yang sebahagian besar kurang sesuai diduplikasikan di Malaysia.
Baiklah, lihatlah satu persatu bagaimana yang dikatakan identiti ala-korporat ini. Saya mulakan dengan Tan Sri Syed Mokthar al Bukhari, yang jumlah kekayaannya melebihi RM 2bilion(setakat januari 2005). Umum mengetahui beliau; berniaga sejak kecil; bermula dengan menjual barang-barang runcit, lembu dan sehinggalah hari ini; menguasai pelabuhan paling pesat berkembang di Asia!!Apakah cara yang diamalkan beliau?

Ini rahsianya; dalam satu temuramah beliau dengan UTUSAN MALAYSIA; antara kata-kata beliau yang dapat dipetik:

1) ” Saya pun mahu melancong ke seluruh dunia, menaiki pesawat peribadi, makan di restoran mewah, berpakaian mahal-mahal, tetapi saya berfikir; banyak mana sangat saya mahu makan, banyak mana sangat saya nak pakai baju, sampai ke mana sangat saya ingin melancong, akhirnya saya akan pulang kepada asal saya juga”
Sipnopsis:
Sikap tamak melampau. Ramai antara orang kita, apabila peroleh sedikit untung sudah mahu berbelanja besar hinggakanperbelanjaan melebihi pendapatan (untung). Itu yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini. Tidak cukup bulan sudah berhutang ke sana sini. Bukankah begitu?
Apa yang dapat saya kaji, sikap ini sukar untuk diperbetulkan. Jika di IPT, biasiswa/pinjaman diterima lebih banyak dihabiskan pada perkara=perkara yang tidak perlu; contohnya-telefon bimbit yang berharga ribuan ringgit hanya untuk bergaya. Jika dialam pekerjaan, seseorang yang bergaji dalam RM3-5 ribu sudah berangan-angan memakai BMW!!

2) “Apa yang saya dapat; dengan sedikit untung ini; saya pulangkan kembali kepada orang ramai”; merujuk kepada Yayasan Al-Bukhari yang terlibat dalam kerja sosial.

Sipnopsis:
Jika sudah berjaya, jangan angkuh dan lupa daratan. Berbaktilah pada masyarakat. Keuntungan yan diperoleh haruslah digunakan sedikit pada kerja-kerja amal. Ia bukan sahaja merujuk pada agama Islam tetapi semua agama secara asasnya mngunjurkan kita beramal kebajikan. Ia sebenar suatu kunci keberkatan perniaagaan kita. Harus diingat, ia juga boleh dikatakan suatu promosi dan pengukuhan penjenamaan. Jangan kita berfikiran negatif apabila terpaksa menyumbang tanpa memikirkan kesan yang lebih baik.

Banyak cotoh boleh diketengahkan;
contohnya; Mc Donald- mewujudkan Yayasan Ronald McDonald.
~Dengan perkataan “setiap 10 sen didermakan pada anak-anak yatim”, ia sedikit sebanyak mempromosikan Mc Donald sebagai suatu pembelian sambil beramal. Kebanyakan orang ingin beramal apabila ada ganjaran setimpal. Ibarat Mc Donald, makan ayam goreng pun boleh beramal!!Jelas Mc Donald bijak mengeksploitasi keadaan.

Rabu, 4 Mei 2011

Bahasa Korporat dan Bukan Korporat

Kalau jantan memakai tanjak, yang betina memakai selendang,
Kalau jantan duduk di hujung balai, yang betina di ruang dapur,
Kalau jantan berpencak silat, yang betina menampal ini,
Kalau jantan bersuara garau, yang betina bersuara merdu.
Bahasa juga sering diklasifikasikan menurut jantina.

Ada bahasa lelaki dan ada bahasa perempuan. Ada lelaki menggunakan bahasa perempuan, dan ada perempuan menggunakan bahasa lelaki.  Chef yang mempunyai rancangan memperkenalkan resipi di televisyen ternyata menggunakan bahasa perempuan. Penyampai berita wanita di televisyen juga sering menguasai bahasa lelaki. Tetapi yang pentingnya ialah bahasa yang digunakan itu memberi kesan kepada kedudukan dan fungsi sesorang di dalam sesebuah korporat. Yang penting ialah ahli korporat perlu memahami bahasa dan budaya korporat.
Stail dan kualiti komunikasi tidak hanya bergantung hanya kepada penghantar dan penerima. Mereka perlu menggunakan bahasa lelaki dalam korporat. Bahasa yang digunakan oleh seorang chef di televisyen tentu sekali tidak sesuai untuk sebuah korporat. Namun, sebuah korporat kecil memerlukan gaya komunikasi yang berlainan berbanding dengan sebuah korporat yang besar dan dikawal ketat, dan bertatatingkat. Dalam semua hal, perlulah dipilih gaya komunikasi yang sesuai. Pada kesimpulannya, Tannen, D. (1990) mengatakan, dalam budaya korporat Amerika, bahasa lelaki lebih sesuai untuk korporat.
Apabila kita menggunakan bahasa rendah dalam pekerjaan maka kesannya tidak positif. Bahasa mesra dan hormat tidaklah sama. Penyelidikan rapi bagi menentukan ciri-ciri mesra dan rasmi perlu dilakukan. Menggunakan bahasa yang betul dalam pekerjaan terpulang kepada pejabat, firma dan majikan. Pekerja perlu dilatih. Bagaimana kita menggunakan bahasa tatkala mengggunakan telefon, menjadi pengacara majlis, berkooperasi bekerjasama, bermesyuarat dll. Kempen seperti yang dilakukan sekarang akan memebri kesedaran. Itu fungsi kempen.

Kemahiran akan hanya terbina apabila diberi latihan. Oleh sebab itu latihan mesti dijalankan.Apabila kita mendengar seseorang berkomunikasi secara lisan, kita akan membuat persepsi terhadap orang yang bertutur itu melalui cara beliau berkomunikasi, gaya bahasa yang digunakannya, dan isu yang dikomunikasikannya. Dengan sendirinya kita akan merasakan orang itu boleh dipercayai atau tidak boleh dipercayai.