Organisasi SCICO 2011


Science Computer Society atau dikenali sebagai SCiCO telah ditubuhkan pada 21 Februari 2007. Objektif utama SCiCO ditubuhkan adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan pelajar Diploma Sains Komputer UiTm Kelantan. Sehingga kini SCiCO telah menapak di UiTM Kelantan selama 5 tahun. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh persatuan ini bagi menaikan dan memantapkan lagi Persatuan SCiCO. Persatuan ini diwakili oleh semua mahasiswa dan mahasiwi Diploma Sains Komputer UiTM Kelantan dari Semester Satu hingga Semester Lima. Motto bagi persatuan ini ialah “Solving Problems Creating Achievement”. Persatuan ini diketuai oleh Encik Mohd Ridzuan Bin Husin yang merupakan Ketua Program Diploma Sains Komputer UiTM Kelantan. Persatuan ini terdiri daripada 4 orang penasihat, 7 orang majlis tertinggi persatuan dan 16 orang exco. Hasil kerjasama daripada semua pihak, Persatuan SCiCO telah mula dikenali ramai dan semakin meningkat naik seiring dengan persatuan-persatuan lain.