Organisasi SCICO 2011

Rabu, 4 Mei 2011

Kerjaya dalam bidang IT

Bidang IT merupakan bidang yang tidak terjejas dengan kegawatan ekonomi.  Di zaman kemelesetan sekarang pun, penggunaan komputer dan penggunaan IT tetap diberikan keutamaan. Dengan kecanggihan teknologi ini sekarang, semua bidang pekerjaan terlibat dengan penggunaan komputer.  Tiada pejabat yang tidak menggunakan komputer sekarang. Bahkan semua pejabat sedang menuju kepada pembentukan rangkaian komputer sepenuhnya. Ini kerana teknologi ini sangat membantu meningkatkan kecekapan dan kualiti hasil kerja di samping dapat mengurangkan kos dengan begitu ketara. Begitu juga dengan penghasilan perisian-perisian yang baru yang dapat memenuhi keperluan pengguna(user) sekarang.  Perisian-perisian interaktif yang menarik dengan teknologi multimedia sangat-sangat diperlukan sekarang. Dengan bertambahnya penggunaan komputer sekarang, keperluan kepada tenaga kerja yang mahir dalam perisian dan perkakasan semakin meningkat.  Semua syarikat memerlukan kakitangan yang tahu tentang komputer, apatah lagi jika kakitangan yang mempunyai pengetahuan dalam kebanyakan cabang IT.  Dengan ini peluang kerjaya memang banyak dalam bidang IT ini dan akan semakin meningkat permintaan terhadap tenaga kerja di masa-masa akan datang.
 
Di antara jawatan-jawatan yang terdapat dalam bidang IT ialah Technician, Technical Support, System Analyst, Network Administrator, DTP Artist, IT Trainer, Web Master, Web Designer, Programmer, Network Engineer, PC Dealer dan banyak lagi.
 
Statistik peluang kerjaya dalam bidang IT
Menurut kenyataan daripada Information Technology Association of America (ITAA), peluang kerjaya dalam bidang IT amat meluas. Menurut analisanya yang di petik dari internet, pada tahun 1994 terdapat 346 000 kekosongan yang berkaitan dengan  bidang IT yang tak terisi di Amerika. Daripada statistik United State Bereau Of Labour, didapati bahawa setiap tahun peningkatan terhadap permintaan tenaga kerja IT sahaja adalah sekitar 95 000. Menurutnya lagi mengikut perangkaan yang di buat, mereka menjangkakan bahawa permintaan untuk tenaga kerja IT ini akan terus meningkat iaitu sekitar 1.3 juta untuk tempoh 1994 hingga 2005. Menurut satu perangkaan lain pula bidang networking kekal sebagai kategori kerjaya bidang teknologi yang paling besar pengaruhnya di pasaran dunia sekarang. Berikut ialah statistik kategori kerja paling utama yang dikeluarkan oleh yang dipetik dari internet :

Tujuh bidang IT yang paling meningkat, disenaraikan oleh CIOs, :

Category       1999   1998  
Networking    23%    33%   
Internet/Intranet Development       21%    21%   
Applications Development     16%    18%   
Help Desk/End User Support 13%    8%    
Operations     12%    7%    
Project Management 5%     5%    
Systems Analysis      4%     5%    
Other  6%     3%    
Total   100%  100% 
                                                                                
Daripada statistik di atas kita dapati bahawa sememangnya permintaan untuk tenaga kerja IT amat tinggi dan melebihi pengeluarannya di pasaran. Nisbah dan statistik di atas tidak mustahil akan berlaku di negara kita. Ini adalah kerana Malaysia juga mempunyai 'Silicon Valley'nya sendiri iaitu MSC(Multimedia Super Corridor) yang menjadi tumpuan syarikat-syarikat IT gergasi dunia.

0 Komen:

Catat Ulasan