Organisasi SCICO 2011

Rabu, 4 Mei 2011

Bahasa Korporat dan Bukan Korporat

Kalau jantan memakai tanjak, yang betina memakai selendang,
Kalau jantan duduk di hujung balai, yang betina di ruang dapur,
Kalau jantan berpencak silat, yang betina menampal ini,
Kalau jantan bersuara garau, yang betina bersuara merdu.
Bahasa juga sering diklasifikasikan menurut jantina.

Ada bahasa lelaki dan ada bahasa perempuan. Ada lelaki menggunakan bahasa perempuan, dan ada perempuan menggunakan bahasa lelaki.  Chef yang mempunyai rancangan memperkenalkan resipi di televisyen ternyata menggunakan bahasa perempuan. Penyampai berita wanita di televisyen juga sering menguasai bahasa lelaki. Tetapi yang pentingnya ialah bahasa yang digunakan itu memberi kesan kepada kedudukan dan fungsi sesorang di dalam sesebuah korporat. Yang penting ialah ahli korporat perlu memahami bahasa dan budaya korporat.
Stail dan kualiti komunikasi tidak hanya bergantung hanya kepada penghantar dan penerima. Mereka perlu menggunakan bahasa lelaki dalam korporat. Bahasa yang digunakan oleh seorang chef di televisyen tentu sekali tidak sesuai untuk sebuah korporat. Namun, sebuah korporat kecil memerlukan gaya komunikasi yang berlainan berbanding dengan sebuah korporat yang besar dan dikawal ketat, dan bertatatingkat. Dalam semua hal, perlulah dipilih gaya komunikasi yang sesuai. Pada kesimpulannya, Tannen, D. (1990) mengatakan, dalam budaya korporat Amerika, bahasa lelaki lebih sesuai untuk korporat.
Apabila kita menggunakan bahasa rendah dalam pekerjaan maka kesannya tidak positif. Bahasa mesra dan hormat tidaklah sama. Penyelidikan rapi bagi menentukan ciri-ciri mesra dan rasmi perlu dilakukan. Menggunakan bahasa yang betul dalam pekerjaan terpulang kepada pejabat, firma dan majikan. Pekerja perlu dilatih. Bagaimana kita menggunakan bahasa tatkala mengggunakan telefon, menjadi pengacara majlis, berkooperasi bekerjasama, bermesyuarat dll. Kempen seperti yang dilakukan sekarang akan memebri kesedaran. Itu fungsi kempen.

Kemahiran akan hanya terbina apabila diberi latihan. Oleh sebab itu latihan mesti dijalankan.Apabila kita mendengar seseorang berkomunikasi secara lisan, kita akan membuat persepsi terhadap orang yang bertutur itu melalui cara beliau berkomunikasi, gaya bahasa yang digunakannya, dan isu yang dikomunikasikannya. Dengan sendirinya kita akan merasakan orang itu boleh dipercayai atau tidak boleh dipercayai.  

0 Komen:

Catat Ulasan